Bulan ke-6 :

Untuk check up kali ni, saya dipakaikan power chain yang lagi ketat dari sebelumnya. Seperti biasa, saya dapat rasa sedikit sakit untuk 2-3 hari. Tapi kali ni, ada something yang unusual sedikit yang berlaku. Kali ni gigi saya menjadi sangat sensitif pada suhu/temperature. Setiap kali saya makan atau minum sesuatu yang panas atau sejuk, gigi saya akan jadi sangat ngilu dan sakit. Macam brainfreeze kalau kita minum air sejuk. Tapi kali ni, rasa sakit tu saya dapat rasa dari akar gigi naik ke kepala. So masa ni memang seksa sikit la. Tapi kalau makan atau minum something yang suam, tak begitu sejuk atau panas, rasa okay je takde rasa sakit pon.

Bukan makanan je, suhu sekeliling pon boleh bagi rasa sakit. Macam saya bekerja di office berhawa dingin, memang kadang-kadang terasa sampai ke gigi. Even masa saya balik kerja naik motor, angin sejuk bila kena dekat muka saya, terasa ngilu dan sakit di gigi saya hahaha.. Tapi keadaan ini tak lama pun, dalam 2 minggu je. Lepas tu dah tak sensitif lagi dah.

Bulan ke-7, 8, 9 :


Rutin seperti biasa, setiap kali pergi chechk up doktor akan buat maintenance pada braces saya. Tukar getah dan kadang-kadang tukar dawai baru. Power chain pon setiap bulan akan dapat yang lebih ketat untuk percepatkan gap tertutup. Alhamdulillah, sekarang saya boleh katakan yang selepas 9 bulan pakai braces ni, susunan gigi saya dah teratur. Sangat jauh berbeza daripada sebelum ni. Syukur sangat. Sekarang yang tinggal hanyalah gap dia bahagian 2 batang gigi yang dicabut sebelum ini. Saya boleh lihat gap tersebut ada perubahan, tetapi mungkin akan memakan masa yang lama juga untuk tertutup penuh.


Sampai disini sahaja entry untuk kali ini, apa-apa updates saya akan letakkan di posting yang akan datang okay!


Bulan ke-2 :

Pada bulan kedua, barulah gigi saya dicabut. Ikutkan plan doktor, 2 batang gigi atas saya akan dicabut untuk memberi ruang kepada gigi saya bergerak dan disusun. Masa ni saya memang nervous jugak la sebab first time cabut gigi di klinik. Dari kecil gigi saya akan tercabut sendiri je (sebab tu lah berterabur kot haha). Tapi alhamdulillah, proses cabut gigi tu tidaklah begitu menyakitkan. Masa doktor bius gusi tu takdelah sakit sangat pon, just rasa pressure je especially dekat bahagian gusi yang keras sikit tu. So untuk korang yang takut nak cabut gigi di klinik, no worries, memang tak sakit. 

Lepas cabut tu, doktor cuma lakukan maintenance biasa je pada braces saya which are tukar getah and tukar dawai.

Bulan ke-3:

 Pada bulan ketiga, aktiviti yang sama juga berlaku seperti pada bulan sebelumnya. Cabut lagi sebatang gigi, dan maintenance pada braces. 

Bulan ke-4 :

Seperti biasa, setiap kali pergi monthly check up doktor akan buat maintenance pada braces saya. Tapi yang paling menarik kali ni adalah, saya dah boleh nampak perubahan yang sangat ketara pada gigi saya, which is bahagian depan yang sebelum ni tunggang-langgang dah jadi straight! Happy sangat rasa sebab akhirnya dah nampak perubahan pada gigi atas.

Bulan ke-5 :

Pada bulan kelima, disebabkan gigi saya telah pun teratur susunannya, jadi doktor nak start pasang power chain. Power chain ni akan beri extra pressure pada gigi (which also means lebih sakit LOL). Tujuannya adalah untuk percepatkan gap atau ruang antara gigi tu cepat rapat terutamanya dibahagian gigi yang dicabut tu. So kalau taknak gigi tu nampak rongak, kenalah pakai power chain ni untuk tutup cepat gap tu. Masa pakai power chain ni, ini KALI PERTAMA saya rasa sakit pada gigi sebab power chain ni memang ketat. Tapi sakitnya tak lama pun, lama 2 hari je lepas tu rasa okay balik macam biasa. Masa ni saya just makan makanan yang lembut-lembut jela sebab nak kunyah rasa sakit sikit.


Bersambung di entry seterusnya....

Hi everyone!

This time I would like to share with you guys about my first month experience of wearing braces. 

Sakit ke? 

Boleh makan ke? 

Makan bubur je ke? 

The moment saya pakai braces, takda rasa sakit pon. Cuma rasa awkward sebab ada benda melekat kat gigi kan hahaa. Saya dah prepare dah segala painkiller, panadol semua in case tiba-tiba rasa sakit. Dr kata malam karang atau esok baru akan rasa sakit hingga ke akar gigi. So saya pon bersedia je la kan. Malam tu untuk dinner saya makan bubur ayam je. Sebab senang nak telan je. Sebab time tu nak tutup mulut pun dah macam pelik. Saya rasa macam gigi saya dah tak boleh nak katup, gigi macam dah tak match macam sebelum ni. Senget-senget la jugak muka time tu cuba tutup mulut haha.. Then bila makan pon rasa takut-takut nak kunyah lagi, so saya telan jela.

Keesokkan harinya bila saya bangun tidur, sumpah tak ada rasa sakit langsung. Saya pelik jugak kenapa tak rasa sakit macam yang orang lain rasa? Is it because saya tak cabut gigi lagi? Or somewhere else yang saya baca, it depends on our pain-tolerance, keupayaan tubuh kita menahan sakit. Tapi saya rasa sebab belum cabut gigi kot. So gigi takdela bergerak sangat macam orang lain. Kalau nak tahu betul ke tak theory saya ni, hahhaha... Kena tunggu next month masa saya cabut gigi nanti eh.

So far, 4 hari pertama pakai braces memang saya makan bubur, oat, pisang, ice cream je.. And cake-cake yang lembut-lembut tu.. Bila bosan makan yogurt. Gigi rasa macam ngilu-ngilu je bila cuba nak kunyah. And paling tak best bila nak kunyah, gigi macam tak match so rasa macam tak reti nak kunyah haha.. Hari ke-5, saya cuba makan nasi. Mula-mula memang pelik, tak best, makan pon rasa tak sedap. Tapi lepas seminggu macam tu, baru kita akan mula terbiasa. Lepas 2 minggu, terus rasa macam takda braces pon kat gigi. Cuma makanan yang keras-keras tu memang tak boleh langsung la. Makan ayam pon kena potong kecik-kecik senang nak kunyah. Saya susah sikit nak guna gigi depan untuk potong makanan sebab rasa ngilu lagi. And takut bracket tercabut masa nak gigit.

Dari segi penjagaan, memang kena rajin gosok gigi dan floss. Mula-mula tu rasa macam leceh dan menyusahkan. Lama-lama akan terbiasa. Selalunya lepas makan nasi memang saya akan wajibkan diri untuk gosok gigi. Sebabnya, nasi akan melekat-lekat di celah-celah gigi dan bracket. Kumur-kumur pon tak boleh nak setel. Kena gosok gigi jugak. And masa mula-mula pakai braces dulu, air liur jadi lagi banyak haha. Dari pembacaan saya, sebab otak kita ingatkan ada makanan dalam mulut, so dia produce lebih banyak air liur untuk digest makanan tu. Tapi lepas lama-lama dah okay dah. Otak dah faham kot haha.

Cuma satu rasa sakit yang saya rasa, is bila hujung-hujung dawai tu mencucuk-cucuk pipi. Bila dawai tu mencucuk pipi, lama-lama akan jadi ulser. So kita kena la letak braces wax dekat dawai-dawai tajam tu. Wax ni macam lilin, kita bentukkan jadi bulat, then letak kat tempat tajam tu. Terus rasa selesa dan tak sakit dah. Cuma sebelum makan kena cabut, kalau tak gerenti tertelan macam saya haha. Habis satu pek tu dalam sebulan sebab saya asyik tertelan je sebab lupa nak cabut sebelum makan. Dr kata wax tu selamat je kalau tertelan. Cuma membazir la. Tapi lama-lama rasanya kita akan boleh tolerate dawai tu kot. Macam mula-mula saya pakai dulu, saya boleh tahan sehari je tak pakai wax. Lepas sehari memang jadi ulser. Then lama-lama saya dah boleh tahan 2 hari. Then 3 hari. So mungkin bila dah lama-lama pipi kita pun jadi kebal kot haha.

So kesimpulan bulan pertama saya pakai braces ni, saya tak rasa sakit langsung macam orang lain rasa. Cuma rasa tak selesa masa mula-mula pakai. Kepada korang, no worries okay, lepas seminggu 4-5 hari korang dah boleh terima dah braces kat gigi tu. After 2 weeks terus rasa macam takda apa-apa haha. Okay, see you guys in the next post!

Hi everyone! Seperti yang dijanjikan, kali ini saya akan ceritakan pula pengalaman saya memakai separator. Separator ini juga dikenali sebagai spacer. Separator ini adalah getah kecil (bentuk macam gelang getah ikat bungkus plastik tu a.k.a getah perit) yang akan diselitkan di celah gigi geraham, gigi yang akan dipasang band. Band ini pula adalah pengikat braces. Tujuan separator ini dipasang adalah supaya ia akan mewujudkan sedikit ruang kecil antara gigi, supaya mudah untuk Dr pasangkan band masa nak pakai braces nanti. Kebiasaannya, separator ini akan dipakai selama seminggu.

Sebelum memakai separator ni, saya banyak google pengalaman orang lain yang pernah pakai. Kebanyakan mereka kata separator ni menyakitkan. Ada yang kata susah nak makan. Lagi teruk, ada yang kata pakai separator lagi sakit daripada pakai braces. Saya tak tahulah sejauh mana kebenarannya, sebab mengikut pengalaman saya sendiri, saya tak rasa sakit langsung.

Separator dipasang dicelah gigi
Cuma rasa macam ada makanan tersekat dicelah-celah gigi je. And lidah kita akan asyik nak tolak-tolak je separator tu tanpa kita sedar haha. Agaknya otak kita ingatkan separator ni cebisan ayam yang tersekat kot. Ada 8 separator yang dipasang. setiap satu gigi dipasang dua (celah depan dan celah belakang). Jadi,2 + 2 + 2 +2 + =  8 kesemuanya. Pakai separator pada saya tak sakit langsung, cuma rasa tak selesa.

Gambar dari google image je. Taknak tunjuk gigi sendiri, buruk malu hahha.


Lepas je balik dari klinik, saya terus balik rumah. Malam tu masa dinner, tak sampai 3 jam saya pakai separator ni, satu separator dah tercabut dan tertelan hahhaa. Masa tu saya cuak jugak, nak kena pergi klinik balik ke ek? Nak kena pasang balik ke? Nak kena buat appointment balik ke? Then saya ingat balik tujuan pakai separator ni adalah untuk create space between those teeth. So, kalau senang sangat tertanggal, maknanya antara gigi saya tu memang dah ada space yang mencukupilah kan. So saya buat bodoh je, tak contact clinic pon.

Yang macam gegelung besi tula band. Macam pengikat braces.


Hari2 saya berlalu macam biasa. Sehari sebelum pasang braces, satu lagi separator saya bukan tercabut, tapi bahagian atasnya putus. Tapi still melekat di celah gigi. Masa tu rasa tak selesa sebab bila lidah saya tolak2 lagilah rasa macam ada benda asing sebab dia terjulur2 hujungnya tu.

Pada hari saya pasang braces tu, Dr cabutkan semua separator. Dan Dr cuba untuk check ruang-ruang antara gigi tu. Masa tu saya risau jugak, kalaulah ruang tak ada, saya kena pakai separator lagi ke untuk seminggu? And yup, masa check tu, tak cukup ruang. Tapi takdelah sampai kena pakai separator balik. Dr try floss kat celah2 gigi tu, then Dr guna macam machine gerudi dia tu then dia macam kikis sikit celah gigi tu bagi ada ruang. Sikit je, takdelah sampai berlubang ke apa. Rasa ngilu sikit jela time tu. Then akhirnya dapatlah band tu dipasang. Alhamdulillah. Seterusnya bracket dan dawai pun dipasang di semua gigi saya. Total process hari tu tak lama sangat. Rasanya tak sampai satu jam pun saya menganga dalam bilik tu.

So itulah pengalaman saya memakai separator ini. Nanti saya akan share pulak pengalaman sebulan pertama saya memakai braces ya.

Thank you.

Hi everyone! As i said before, I nak share my experience of wearing braces with you guys. So disaat post ini ditulis, sudah hampir sebulan saya memakai braces. Alhamdulillah, next week kena pergi appointment pulak, untuk cabut gigi, tukar getah dan ketatkan braces.

So for the start, sebulan yang lepas saya pergi survey braces ni kat area bangi. Sebab dekat dengan rumah saya. Braces yang saya pakai ni jenis conventional ( biasa ). Ada pelbagai jenis braces yang lain yang lebih moden and of course lebih mahal. Yang saya pakai ni kira yang paling murah la kan. So, overall braces jenis conventional ni, harga dia dalam RM5200 - RM5500 (berdasarkan 4-5 klinik yg saya survey). Di area Bangi ni, harga semua lebih kurang je, yang bezanya adalah, deposit.

Contohnya, klinik braces yang saya pergi ni, DR SMILE, harga braces RM5500, deposit : RM1000, bulanan RM200. Klinik-klinik yang lain pula, harganya lebih murah, tapi deposit lebih mahal dalam RM1500 - RM1800. Tapi sebabkan saya nak pakai cepat, and simpanan pun time tu tak banyak (lol), so saya pergilah ke klinik DR SMILE ni sebab deposit nya rendah, and sangat dekat dgn office saya.


Tapi satu yang tak best pasal klinik DR SMILE Bangi ni, temujanji untuk braces hanya hari Isnin, Selasa dan Jumaat sahaja, 10pagi hingga 5 petang. So untuk orang yang bekerja macam saya ni, terpaksalah keluar office untuk pergi temujanji. So tips untuk anda semua, walaupun klinik tu dia tulis buka Isnin - Sabtu, 9pagi - 9malam, anda kena tanya tentang temujanji untuk braces takut jadi macam saya.



Procedure:

1) Acuan

So, lepas saya survey and memilih DR SMILE ni, first sekali saya buat appointment untuk checking and consultant. First appoinment tu Dr just check keadaan gigi saya and bagi briefing la apa rawatan yang sesuai. Then time tu jugak terus buat mold (acuan gigi). Acuan ni macam chewing gum dia letak dalam bekas, lepas tu dia tekap ke gigi kita. Lepas 5-10 saat macam tu, acuan tu akan mengeras and dapatlah bentuk gigi kita. Harga acuan ni dalam RM30.

2) X-ray

After that, saya kena buat X-ray pulak. Tapi klinik ni tak boleh buat X-ray, so kena pergi pusat Xray kat Bandar Baru Bangi ( sebelah Hospital An Nur ). Tak jauh pun, dekat je. Biasa kita X-ray badan kan, kali ni kita X-ray gigi hahah. Then, saya bagi X-ray saya tu ke klinik DR SMILE, and dorang akan call untuk next appointment. Harga Xray adalah RM150.

3) Second appointment - Pakai Spacer / Separator

Second appointment ni lama jugak saya tunggu. Dekat 3 minggu. Dua kali saya whatsapp nurse klinik tu dia bluetick kan je saya hahaha. Masa second appointment ni, Dr terangkan segala kajian and plan dia untuk merawat gigi saya yang berterabur ni. So Dr terangkanlah berapa batang gigi yang kene cabut, procedure semua. Hari itu jugak, saya pasang separator. Separator ni getah yang diselitkan di celah-celah gigi geraham yang akan diikat dengan band. Tujuannya adalah supaya gigi kita jarak sedikit untuk ada ruang nak ikat band nanti. Separator ni saya pakai selama seminggu sebelum memakai braces. Separator ni free je, termasuk dalam RM5500 tu. Nak tahu pengalaman saya memakai separator ni? Sakit ke tak? Baca post saya yang ini.

4) Cabut gigi

Menurut Dr, gigi atas saya perlu dicabut dua batang. Kalau tak cabut nanti akan jongang pulak jadinya. Gigi bawah pula Dr kata buat masa sekarang tak perlu cabut lagi. Kita tengok dulu macam mana perkembangan gigi bawah saya ni, kalau perlu cabut, baru Dr akan suruh cabut. Berbalik kepada gigi atas saya ni, Dr bagi pilihan untuk cabut dulu, atau pakai braces dulu. Saya pilih untuk pakai braces dulu baru cabut. Sebabnya? Nak buat next appointment dalam seminggu. So kalau saya cabut dulu, nanti seminggulah saya senyum takde gigi hahaha. At least kalau pakai braces dulu baru cabut, orang lain tahu lah yang gigi saya dicabut sebab pakai braces hehe. Second reason sebab saya takut sebenarnya haha. So saya akan pakai braces dulu, then next appointment bulan depan, baru akan cabut gigi.

5) Pasang braces!

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sebelum pasang, saya sign beberapa document dulu, then buat bayaran deposit. Separator saya dicabut, dan braces pon dipasang. Saya rasa tak sampai satu jam pon process nak pasang braces tu. And tak sakit langsung. Cuma rasa awkward je sebab tiba-tiba ada benda asing dalam mulut. Rasa macam tengah kumam makanan hahha.

Dah panjang sangat post ni, kita akan sambung first month experience saya ni di post seterusnya okay.

Jumpa lagi!

Hi everyone! This is my very first post for my new blog! Dah lama sangat I tak berblog. Dah bertahun jugak la kot. So what to expect from my blog? Hmmm.. first and foremost, saya nak share experience saya wearing braces in this blog. Sebab apa? Sebab masa mula2 saya nak pakai braces dulu, puas saya cari blog-blog yang share pasal information and experience of wearing braces ni. Yela, sebelum nak pakai macam-macam la yang kita nak tahu kan. So, I hope I can share my experience with all of you yang berminat tentang braces ni. So kita boleh exchanges cerita kan?

Secondly, I think I would like to share just a little bit of my personal life, maybe talk about my travelling, any events that I go or maybe even current news kan. It's gonna be interesting ye dok?

So, I hope you guys can enjoy my blog.
Till the next post, bye!

Powered by Blogger.